
Pusat Tahfiz Annur merupakan sebuah pusat pengajian al-Quran yang terletak di Lot 850, Kampung Rusila 21080 Marang, Terengganu. Kami telah menerima seramai 180 orang pelajar dari kampung sekitar dan bilangan pelajar dijangka meningkat kepada 300 orang menjelang tahun 2023.
Pusat Tahfiz Annur sudah beroperasi sejak tahun 2009 lagi, kini para pelajar mengaji dalam keadaan sempit dan kurang selesa di bangunan yang telah uzur !
Sebahagian pelajar menerima pengajian dengan yuran yang murah manakala sebahagian lagi yang terdiri daripada golongan anak yatim dan asnaf fakir miskin mendapat peluang pengajian secara percuma.
Dengan dana yang kami ada, kami tak mampu untuk menampung kos pengajian mereka untuk beberapa tahun lagi. Belum lagi dikira kos pembangunan dan naik taraf bangunan. Justeru, kami ingin memohon sumbangan dana demi kelancaran pengajian anak-anak tahfiz ini serta menjaga kebajikan mereka dan guru-guru mereka.
SASARAN DANA
Kos pembangunan dan pembinaan sekolah: RM350,000
Kos operasi, pengurusan, utiliti, pertukangan: RM640,000
Buat masa sekarang kerja-kerja merobohkan bangunan kayu sudah selesai dijalankan dan telah bermula untuk proses pembinaan tapak bangunan baru.
Di bulan Ramadan yang penuh barakah dan kemulian ini, kami memohon jasa baik para budiman untuk membantu kami dalam pembinaan Pusat Tahfiz Annur!
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim
BAGAIMANA TUAN & PUAN BOLEH MEMBANTU?
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:
PUSAT TAHFIZ ANNUR
11-0181555-0 (BANK RAKYAT)
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi pengasas Pusat Tahfiz Annur: + 6019-938 7274 (Tuan Ustaz Khatadah Abdullah)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.
Jom, bersama kami membina bangunan baru untuk anak-anak tahfiz kita di 10 hari/malam terakhir bulan Ramadan ini. Kami dengan rendah hati merayu sumbangan anda yang dermawan !